Your Cart

Raya’s 2023 Collection Is Up Now. Get Your’s Today!

baju melayu bulan bintang hq

Panduan Memilih Baju Melayu Bulan Bintang di Hari Raya

Baju Melayu Bulan Bintang mendapat permintaan yang tinggi dan antara brand yang terkenal sewaktu hari raya.

Sehingga kini, baju Melayu masih lagi menjadi antara pilihan popular dalam kalangan kaum lelaki untuk di pakai di hari raya walaupun terdapat pilihan lain seperti jubah dan kurta. Bak kata peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Di Bulan Bintang, koleksi baju Melayu kami masih mengekalkan adat dan tradisi dengan penekanan kepada gaya yang minimalist, kemas dan moden.

Tiga jenis Baju Melayu yang popular di Malaysia.

Baju Melayu direka bertujuan melambangkan identiti bangsa. Pasti ada yang tertanya-tanya, berapa jenis baju Melayu yang ada dalam Malaysia ni.

Sebenarnya ada tiga jenis baju Melayu yang sering menjadi pilihan popular kaum lelaki ketika di hari perayaan atau untuk majlis-majlis tertentu.

1.Baju Melayu Cekak Musang

baju melayu bulan bintang

Dinamakan Baju Melayu Cekak Musang kerana kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima butang pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Butang lima pada baju Melayu ini merujuk kepada lima Rukun Islam.

Baju Melayu Cekak Musang dijahit berpesak. Ia juga dikenali dengan potongan moden. Lengan Baju Cekak Musang disambungkan kepada badan baju dengan cara pesak. Sambungan jahitan ini menjadikan potongan baju kelihatan lebih moden. Baju Melayu ini dipadankan dengan samping yang dipakai di sebelah luar baju.

2.Baju Melayu Teluk Belanga

baju melayu kurta

Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di Johor. Potongan pada bahagian leher Baju Melayu Teluk Belanga dijahit secara sulaman samada jahitan tulang belut atau insang pari yang menyerupai jahitan leher pada baju kurung. Leher pada baju Teluk Belanga akan dikancing dengan satu butang yang membawa maksud tersirat, iaitu melambangkan Allah yang Satu. 

Baju ini mempunyai tiga kocek yang melambangkan Iman, Islam dan Ihsan. Seluar pula seakan seperti seluar Cina kerana kakinya lebih luas dan bertongkah. Samping pula di pakai di sebelah dalam baju dan lebihan samping akan kelihatan sedikit di bahagian luar baju.

3.Baju Melayu Moden

Di Bulan Bintang, Baju Melayu Slim Fit dan Tailored Fit antara Baju Melayu Moden yang popular dalam kalangan pengguna. Bezanya, untuk Slim Fit direka khas ikut bentuk badan tanpa pesak. Manakala Tailored Fit pula ada pesak di bahagian sisi baju.

Terdapat hampir 100 warna baju Melayu Slim Fit yang boleh didapatkan di Bulan Bintang dari warna soft hingga warna bold.

baju melayu bulan bintang

Baju Melayu Tailored Fit menggunakan Italian avanti fabric dan mempunyai lebih dari 40 warna untuk dipilih.


Tips jika ingin membeli Baju Melayu di Bulan Bintang

Bagi kaum wanita yang ingin memilih baju Melayu untuk pasangan atau kaum lelaki dalam keluarga, ini tips yang perlu anda tahu. Kaum lelaki pun boleh cuba tips ini ketika memilih baju Melayu untuk diri sendiri.

  • Cutting Baju

Perkara pertama yang perlu diambil kira ketika memilih baju Melayu adalah potongan atau cutting baju tersebut. Pastikan cutting baju yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu fit untuk nampak lebih kemas dan smart.

  • Jenis Kain

Jenis kain dan material baju juga penting memandangkan cuaca di Malaysia yang panas terutamanya pada waktu tengah hari. Pastikan material yang dipilih tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Yang penting mestilah selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh. 

  • Warna Baju

Kalau ada warna tema, proses untuk memilih baju jadi lebih mudah. Tetapi sekiranya tiada, pilihlah warna yang lebih natural seperti warna-warna pastel supaya mudah untuk dipadankan dengan samping. Warna baju melayu yang terang agak susah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai, dan kemungkinan besar baju Melayu tersebut tidak akan dipakai lagi selepas Raya.

  • Butang Baju Melayu

Ramai yang terlepas pandang dengan kepentingan butang pada baju Melayu. Butang yang bersifat unik dan cantik boleh menaikkan lagi taraf kecantikan baju melayu yang dipakai. Jadi, pemilihan butang yang tepat juga perlu dibuat untuk dipadankan dengan warna baju Melayu.

  • Samping

Samping membuatkan si pemakai baju Melayu kelihatan lebih segak dan kemas. Samping yang berwarna cerah boleh menaikkan seri warna baju Melayu yang dipakai. Boleh juga pilih warna samping yang sepadan dengan baju yang akan dipakai oleh pasangan. Selain samping soket yang sering menjadi pilihan, ada juga sesetengah orang yang suka memakai samping daripada kain pelikat.


Terdapat pelbagai jenis baju Melayu di pasaran yang telah diubah sedikit moden dan juga yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi baju Melayu. Pilihlah baju Melayu mengikut kesesuaian dan gaya si pemakai, tidak kisah lah jika baju tersebut jenis Cekak Musang, Teluk Belanga atau moden.

Jangan lupa beli baju Melayu awal supaya baju Melayu idaman anda tidak kehabisan stok. Jika anda ingin lihat lebih banyak koleksi baju Melayu Bulan Bintang, anda boleh terus ke website kami.

Layari instagram kami untuk lihat update terkini.


Share this blog on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fast Delivery

Order before 12pm GMT Mon-Fri

Best Price Satisfaction

30-day money back guarantee

Online Banking Available

Fast, hassle-free and secure