Your Cart
tema warna baju raya 2023

Tema Warna Baju Raya: Top 5 Idea Tahun 2023

Lagi beberapa bulan kita akan menyambut Aidilfitri. Mesti ada yang dah fikir tema warna baju raya tahun ini kan?

Macam mana anda pilih warna baju raya?

Berbincang dengan keluarga dan pasangan atau anda diberi tugas untuk tentukan warna baju raya tahun ini?

Kami ada tips untuk memudahkan anda mencari tema warna baju raya tahun ini. Tipsnya adalah dengan melihat tona warna di pergelangan tangan. 

Saluran darah di pergelangan tangan mempunyai dua warna iaitu hijau yang merujuk kepada tona panas dan warna biru merujuk tona warna sejuk. Manakala individu yang mempunyai kedua-dua tona warna pula dikenali dengan tona natural dan sesuai untuk pakai apa-apa warna.

Tema warna baju raya trending 2023

Sekarang anda dah tahu tona warna anda kan.

Kalau anda masih belum pilih warna baju untuk raya dan susah untuk buat pilihan, kami kongsikan tema warna baju raya yang dijangka akan menjadi trend pada tahun ini. Jom tengok warna baju raya yang sesuai dengan tona warna anda dan pasangan.

1. Digital Lavender

Bersifat gender neutral dan sesuai digayakan oleh lelaki dan wanita. Boleh pilih untuk jadi warna tema seisi keluarga kerana warna ini juga telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023.

tema warna baju raya purple
Contoh pilihan warna lavender yang ada di Bulan Bintang

2. Sundial Yellow

Warna Sundial berkonsepkan jam tangan matahari. Warna ini seakan gabungan antara warna emas, coklat dan cream. Ia kelihatan seperti jingga pada waktu senja. Warna ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang panas.

baju raya sedondon
Contoh pilihan warna kuning yang ada di Bulan Bintang

3. Luscious Red

Sesuai dengan yang mempunyai tona warna panas. Luscious Red paling terang antara semua idea warna baju raya tahun 2023. 

Warna merah ini membuatkan si pemakai kelihatan penuh keseronokan, keinginan dan keghairahan. Bagi anda yang memiliki personaliti yang riang, mungkin warna ini sesuai untuk baju raya anda pada tahun ini.

baju raya sedondon
Contoh pilihan warna merah yang ada di Bulan Bintang

4. Tranquil Blue

Tranquil blue adalah warna gabungan antara tone aqua dan marine yang mempunyai unsur udara dan air dan sesuai untuk mereka yang mempunyai tona warna sejuk.

Warna biru sering dikaitkan dengan ketenangan dan keharmonian. Warna ini memberikan rasa kedamaian dan membuatkan suasana menjadi tenang. Warna ini juga boleh dikatakan warna yang selamat untuk digayakan pada mana-mana majlis dan perayaan.

baju raya sedondon
Contoh pilihan warna biru yang ada di Bulan Bintang

5. Verdigris

Nama Verdigris yang unik merupakan warna hijau tembaga dengan campuran yang seimbang antara warna biru dan warna hijau. Warna ini mudah dipadankan dengan warna lain dan mempunyai kesan natural. 

Verdigris sesuai diperagakan oleh anak-anak muda yang sukakan benda baru dan kelainan. Gabungan warna hijau dan biru dalam Verdigris sesuai untuk mereka yang bertona sejuk.

baju raya sedondon
Contoh pilihan warna hijau yang ada di Bulan Bintang

Cadangan tema warna baju raya Bulan Bintang

Selain daripada warna-warna di atas, Bulan Bintang juga dah ada ramalan untuk warna tema baju raya tahun ini. Kami keluarkan baju raya yang sesuai dengan warna tema ramalan kami. 

Untuk kaum wanita, tak perlu susah-susah pergi kedai dah, order je terus dekat website kami. Anda boleh lihat sebahagian koleksi baju kurung mengikut tema warna baju raya ramalan kami di bawah ini.

  • Baby Blue

Warna ini warna yang paling popular dalam kumpulan warna biru. Warna baby blue selalu dijadikan pilihan oleh golongan muda sebagai tema warna baju raya. Sesuai dipadankan dengan warna seperti krim, lemonade yellow, pink, peach dan apricot.

Hampir keseluruhan set baju kurung ini mempunyai lace. Corak minimalis lace ini digandingkan dengan sulaman manik di dada, seolah bentuk ‘crown’. 

Gandingan ini menampakkan jiwa muda si pemakai dan kelihatan lebih anggun.

  • Silver

Silver biasanya dikaitkan dengan status dan kemewahan. Warna yang sesuai dipadankan dengan warna silver adalah warna light pink, light blue, light purple dan light green. Warna silver sesuai dijadikan tema warna kerana sangat mudah untuk dipadankan dengan warna lain.

baju kurung 2023 bulan bintang
Baju Kurung Sisters GLAM – Dhaya

Rekaan baju kurung Dhaya dalam koleksi Kurung Sisters GLAM nampak lebih elegan dengan hiasan lace di bahagian lengan bawah dan depan baju. 

Padanan lace menampakkan baju ini menyerlah dan tidak terlalu tacky walaupun hanya menggunakan warna monokromatik.

  • Nude

Warna nude berdasarkan warna kulit orang Caucasians iaitu gabungan antara warna coklat pucat dan putih. Warna ini membuatkan pemakainya kelihatan elegan, praktikal dan moden. Warna ini sangat cantik kalau dijadikan tema warna baju raya kerana boleh dipadankan dengan pelbagai warna lain termasuk warna hitam dan coklat gelap.

baju kurung 2023 bulan bintang
Baju Kurung Sisters Luxe – Atasha

Kurung moden Sisters Luxe Atasha direka dengan menggunakan material kain Cotton 80%, Viscose 15%, Polyester 5%. Material kain ini membuatkan si pemakai merasa selesa kerana kainnya tidak jarang dan sejuk.

Padanan lace di lengan, hujung baju dan hujung kain beserta taburan manik menyerlahkan lagi keanggunan dan menaikkan seri si pemakai.


Pemilihan tema warna baju raya sangat penting kerana raya hanya disambut setahun sekali. Lebih istimewa bila disambut dengan keluarga dengan tema warna yang sama.

Selain baju kurung, baju Melayu dan kurta untuk lelaki juga mempunyai pelbagai jenis warna yang boleh dipadankan dengan tema warna baju raya golongan wanita.

Serlahkan kecantikan anda dan pasangan dengan padanan pakaian yang sesuai dengan koleksi baju-baju yang menarik di Bulan Bintang.

Kalau anda dan keluarga dah ada tema warna tahun ini selain daripada warna-warna yang ada di atas, anda boleh tengok koleksi-koleksi warna kami yang lain di website.

Layari instagram kami untuk lihat update terkini.


Share this blog on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fast Delivery

Postage will be done within 2 to 5 working days

Best Price Satisfaction

30-day money back guarantee

Online Banking Available

Fast, hassle-free and secure